Pembangunan dan penyediaan Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Organisasi

Pierre-Olivier Beckers-Vieujant dari Belgium telah dilantik oleh presiden IOC, Thomas Bach sebagai pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk Paris 2024 dan beliau dibantu oleh Patrick Baumann, yang turut merupakan pengerusi jawatankuasa bagi Los Angeles 2028.[10]

Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 (Inggeris: Paris 2024 Organising Committee for the Olympic and Paralympic Games; Perancis: Comité d'organisation des Jeux olympiques et paralympiques d'été de 2024; Singkatan: OCOG atau COJO) ditubuhkan pada Januari 2018 untuk merancang, membiayai dan menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024.[11] Jawatankuasa tersebut dipengerusi oleh Tony Estanguet, seorang pemenang emas Olimpik kanu slalom tiga kali dan ahli IOC[12], manakala Etienne Thobois dilantik sebagai CEO jawatankuasa tersebut. [13]

OCOG diurus oleh Lembaga Pengarah yang diketuai oleh presidennya, Tony Estanguet, dan presiden kehormatnya, Bernard Lapasset.[14] Lembaga tersebut dianggotai oleh wakil daripada Jawatankuasa Olimpik dan Sukan Kebangsaan Perancis (CNOSF), Dewan Bandaraya Paris, kerajaan Perancis, kawasan Ile-de-France, Jawatankuasa Paralimpik dan Sukan Perancis (CPSF), Métropole du Grand Paris, Majlis Jabatan Seine Saint Denis dan bandar dan pekan yang terlibat dalam penganjuran Sukan Olimpik tersebut.[11] Selain itu, terdapat juga wakil dari bidang sukan, sosial dan perniagaan.[14]

Demi memastikan integriti dan ketelusan pasukan penganjur Paris 2024, tiga jawatankuasa telah ditubuhkan, yakni Jawatankuasa Etika[lower-alpha 3][15], Jawatankuasa Audit[lower-alpha 4][16] dan Jawatankuasa Gaji[lower-alpha 5][17]. Selain itu, Lembaga Pengarah Paris 2024 turut menerima Kod Etika Paris 2024[18] yang disyorkan oleh Jawatankuasa Etika.[19][20] Bagi organisasi kerajaan, Jean Castex dilantik sebagai wakil antara kementerian (Interministrial delegate). Beliau digantikan oleh Michel Cadot pada Julai 2020.[21]

Lembaga Penyampaian Sukan Olimpik (Inggeris: Olympic Games Delivery Authority; Perancis: Société de Livraison des Ouvrages Olympiques; Singkatan: SOLIDEO) merupakan sebuah organisasi sektor awam yang berperanan untuk membiayai, menyelia dan menyediakan prasarana Olimpik, termasuk projek pembangunan dan pembangunan semula yang diperlukan untuk menganjur Paris 2024. [22][11][23] Lembaga ini dipengerusi oleh Anne Hidalgo dan diarah oleh Nicolas Ferrand.[24]

Tempat

Bajet

Penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas 2024 pada asalnya dijangka akan menggunakan €6.6 billion (kira-kira RM33,14). Sebanyak €1.145 billion akan dibiayai oleh IOC, dan pihak kerajaan Perancis akan memperuntukkan €1.5 billion untuk penganjuran temasya sukan tersebut. Penajaan tempatan dijangkan akan menyumbangkan €1.1 billion.[25] Namun begitu, laporan daripada pihak kerajaan menyatakan bahawa pembelanjaan ekstra sebanyak €500 juta mungkin diperlukan untuk penganjuran Sukan Olimpik.[26] Hal ini adalah disebabkan oleh perluasan jaringan metro Paris dan pembinaan bangunan baharu untuk menganjurkan acara Olimpik. Tambahan lagi, pandemik COVID-19 mungkin akan menjejaskan pembelian tiket, yang asalnya dijangka akan menyumbang €1.5 billion kepada bajet akhir. [25]

Ekonomi negara Perancis telah dijejaskan oleh pandemik COVID-19. Oleh itu, OCOG Paris 2024 telah mengumumkan langkah-langkah mengurangkan bajet pada 30 September 2020, antaranya termasuklah pengurangan projek pembinaan tempat penganjuran acara yang baharu.[27] Perubahan ini dijangka akan menjimatkan €400 million.

Setakat Jun 2021, bajet keseluruhan Paris 2024 telah mencapai €7.3 billion,[25] €3.9 billion dibahagikan kepada OCOG,[28] €3.4billion pula kepada SOLIDEO.

Keselamatan

Sebanyak €186 juta telah diperuntukkan untuk tujuan keselamatan Sukan Olimpik 2024. Ramai pakar mengatakan anggaran tersebut terlalu rendah dan membandingkannya dengan kos keselamatan Sukan Olimpik 2012 yang mencecah €846 juta.[29] Selain itu, tentera Perancis juga sedang membangunkan teknologi anti-dron yang baharu yang boleh dijadikan sebagai salah satu langkah keselamatan untuk Sukan Olimpik 2024.[30]

Pengangkutan

Semasa proses pembidaan, pihak Paris telah berjanji bahawa kesemua tempat penganjuran acara sukan akan terletak di dalam jarak 400m dari stesen metro.[31] Sistem metro bandaraya Paris juga dipuji sebagai "sistem pengangkutan awam yang terbaik di dunia".[32] Rancangan pengangkutan Paris 2021 bergantung kepada pembukaan laluan baharu Grand Paris Express[33], serta perkhidmatan tren lapangan terbang yang baharu, Charles de Gaulle Express.[34] Namun, ramai orang mempersoalkan tarikh pembukaan sistem pengangkutan baharu yang asalnya dijangka akan disiap bina sebelum Sukan Olimpik 2024.[33]

Pada 30 Julai 2021, adalah disahkan bahawa projek pembinaan Grand Paris Express tidak mampu disiapkan sebelum Sukan Olimpik 2024.[35][36] Pembelanjaan bagi pengangkutan juga telah dikurangkan sebanyak €400 juta semasa pengurangan bajet keseluruhan dibuat pada September 2020.[37] Charles de Gaulle Express juga telah menghadapi penangguhan dan kini dijangka akan disiap bina pada akhir tahun 2025.[34]

Selain perkhidmatan metro, pihak penganjur juga merancang untuk menggantikan kesemua bas berkuasa diesel kepada bas elektrik pada tahun 2024.[31] Sebanyak 800 buah bas elektrik telah dibeli oleh Régie Autonome des Transports Parisiens, pengendali pengangkutan awam Paris, pada akhir bulan Julai 2021.[38] Projek pembinaan jaringan laluan basikal di kawasan Île-de-France turut dijalankan dan dijangka fasa pertama dan sebahagian besar fasa dua akan disiap bina pada tahun 2024.[39] Laluan tram yang baharu juga akan dibina dan digunakan semasa Sukan Olimpik 2024 berlangsung.[31]

Rujukan

WikiPedia: Sukan Olimpik Musim Panas 2024 http://www.abc.net.au/news/2017-08-01/paris-set-to... http://gamesbids.com/eng/summer-olympic-bids/2024-... http://www.sportspromedia.com/news/report-ard-and-... http://www.sportspromedia.com/news/wednesdays-dail... http://hungarytoday.hu/news/hungarian-public-telev... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b... http://www.olympic.org/news/ioc-awards-2018-2024-b...